Wednesday, 14 November 2012

|CARA NAK COVER MALU|


Cara-2 nak cover malu :

1. Kalo tersepak batu : Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-2 hingga jauh dari perhatian ramai, lepas tu baru bangun bila takda orang nampak.

2. Kalo terjatuh beskal : cepat-2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-2 supaya orang ingat anda saje-2 buat lawak.

3. Kalo terjatuh tangga : terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4. Kalo terjatuh dalam longkang : pungutlah sampah yang ada sambil marah-2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas : jeritlah kuat-2 "oi! apa tolak-2 ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.

6. Kalo terjatuh di depan bus stop : terus buat-2 pengsan sehingga ada orang membantu anda. kalo takde, baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu, haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin : tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-2 supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu.. ye tak?




Hahaha! serba sikit dari saya : NurulWahidaWeeda

No comments:

Post a Comment