Wednesday, 14 November 2012

|FRIENDSHIP NEVER END|


  1. Kita berjumpa kerana takdir. Kita berkawan kerana kasih sayang. Kita bersama kerana hati. Kita bergaduh kerana harga satu ikatan. TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA. TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan. 

  2. THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku. 

  3. Mengingati teman tanda persahabatan. Mengingati mati sumber kekuatan iman. Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan. Mengingati ALLAH itulah ketenangan. 

  4. Indah "PELANGI" kerana "WARNA". Indah "TAMAN" kerana "BUNGA". Indah "HATI" kerana "AKHLAK". Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN. Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita. 

  5. TRUE FRIENDS are like morning, You can't have THEM the whole day, But You can be sure THEY will be there when you wake up tomorrow, next week, next year and forever. 

  6. Bila ucapan salam dikirim dari jauh, tiada kata dapat didengar. tiada senyumana yang dapat dilihat. TAPI apa yang dapat dirasai, CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati. 

  7. Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar ideal segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~ 

  8. Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan, Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~ 
  9. Ukhti, sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000x lebih baik daripada sejuta mutiara dilautan. Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia. Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata. Sesuci hati hanya kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi. Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ikatan ini membawa pada satu perjuangan hakiki. 

  10. Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajudMu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan keranaMu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah Ya Allah. 

  11. Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa". 

  12. Sahabatku sayang, Cinta Allah tak akan hadir kedalam hati kita jika masih ada walaupun sedikit cinta manusia. Caranya, kena bersungguh-sungguh berazam untuk tinggalkan 'si dia' kerana kita takutkan Allah. Jika kita berusaha menjaga hati kita. Allah akan campakkan rasa nikmat dan puas dalam melaksanakan 'MUJAHADAH' ini. Hatimu akan merasa betapa nikmatnya mensucikan hati. Sahabatku sayang, jika terus juga bergelumang dalam maksiat (cinta yang tak diredhai Allah). Kita bimbang jika Allah tak nak pedulikan kita.

  13. Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu, andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu. andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu. Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu. Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi, Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu. Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen. 

  14. I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah. 
  15. Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah. Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan. "Kerana Ukhuwah itu indah" 

  16. Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu diterima dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula dan dibuka padamu pintu SYURGA tanpa sempadan. Ameen. 

  17. Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu. 

  18. Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini. 

  19. Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah. 

  20. Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI) 

  21. Siang akan sepi tanpa mentari, Malam tiadaseri tanpa rembulan, Hidup akan sunyi tanpa teman, Hati tiada erti tanpa IMAN. 
  22. Tatkala hati teringatkan teman, terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hatimu, tatkala hati rindukan teman, terfikir diminda adakah aku juga dirindui, tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, hati tertanya, adakah kau ingin bersamaku lagi meniti kejayaan, Mengapa aku rindu benar padamu. Moga doaku diterima agar aku tak kan kehilangan teman sepertimu.. Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA. 

  23. Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu, Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin. 

  24. You're true blue, I'm ragging red, together we're passionate purple, we clash at time, but we also mixed when we oppose each other, but when we work together, we blend like beautiful music, I guess that why we're friend until the end. 

  25. Alangkah bahagianya bila bersahabat sering menghargai, Bila bersama saling menyayangi, Bila terluka selalu memaafi, Bila berjauhan saling merindui, Bila keliru tetap memahami, Bila terleka kerap menasihati, Bila tersilap terus menegur. Maka bertambah manis bila kerna Ilahi. 

  26. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati. Kuhulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya. 

    ::Saya sayang sahabat saya:: ::Kita semua sahabat selamanya::






No comments:

Post a Comment